Kesan Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006

Pembatalan penerbangan

Sesetengah penerbangan masuk ke Lapangan Terbang Heathrow London dibatalkan pada hari penangkapan, khususnya penerbangan-penerbangan dekat British Airways pada hari Khamis. Sebilangan penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Gatwick juga dibatalkan, [44], walaupun US Airways meneruskan penerbangan-penerbangannya secara biasa dari Gatwick, menurut talian bantuan syarikat itu.

Telah dianggar bahawa 400,000 penumpang pada keseluruhannya terjejas, dan kerugian sebanyak £175 juta telah dialami oleh syarikat-syarikat penerbangan pada hari pertama disebabkan amaran-amaran kecemasan. Daftar yang tidak lengkap mengenai syarikat-syarikat penerbangan yang melaporkan pembatalan, atau yang dilaporkan membuat pembatalan, adalah seperti berikut:

  • Aer Lingus membatalkan 18 penerbangan antara Ireland dan Heathrow sehingga sekurang-kurang 15:00 IST.[45] Syarikat penerbangan ini menyarankan bahawa hanya perjalanan yang sangat perlu dibuat ke UK. Bagaimanapun, syarikat ini memulakan semula penerbangan-penerbangannya antara Ireland dan Heathrow sebelum 16:30 IST. [46]
  • John Reber, jurucakap Air Canada berkata bahawa penumpang-penumpang mungkin akan dilewatkan sekurang-kurang sejam jika mereka ingin terbang dari United Kingdom ke Kanada pada hari Khamis. Satu penerbangan dari London ke Toronto tiba tepat pada waktunya pada awal hari Khamis, tetapi hampir sedozen penerbangan yang lain dari London ke Toronto dilewatkan.[47]
  • Jurucakap Air France membatalkan lima penerbangan antara Heathrow dengan Paris.[48]
  • American Airlines membatalkan tiga penerbangan pagi dari New York, Boston dan Chicago ke to London. Tiga penerbangan kembali ke bandar-bandar tersebut juga dibatalkan.
  • British Airways membatalkan semua penerbangan dekat (Eropah), baik masuk mahupun keluar, ke dan dari Heathrow London untuk baki hari selepas penangkapan, dan banyak penerbangan pada hari berikut. [49]
"Pelanggan-pelanggan yang akan bertolak dari lapangan-lapangan terbang UK tetapi tidak ingin membuat perjalanan pada hari ini (10 Ogos 2006) atau esok boleh menempah semula sehingga 1 Disember 2006 atau mendapat bayaran balik. Mana-mana satu pelanggan yang penerbangannya telah dibatalkan boleh menempah semula atau mendapat bayaran balik." [50]
  • EasyJet membatalkan semua penerbangan ke dan dari Gatwick London, Stansted dan Luton. Penerbangan-penerbangan dari banyak lapangan terbang yang lain juga dibatalkan. [51]
  • Jat Airways, syarikat penerbangan Serbia, membatalkan penerbangan tunggalnya melalui Boeing 737-400 ke Lapangan Terbang Heathrow London pada hari penangkapan.
  • Olympic Airlines, syarikat penerbangan Greece membatalkan semua penerbangan ke Heathrow London untuk sebentar waktu. [54] Pada lewat petang hari yang sama, televisyen Greece mengumumkan bahawa sebuah pesawat A340-300 akan bertolak ke London pada 18:30 BST untuk penumpang-penumpang dua penerbangan lebih awal yang telah dibatalkan, manakala penerbangan 19:00 BST akan bertolak pada waktunya.
  • SAS membatalkan semua penerbangan ke UK dari Scandinavia sehingga sekurang-kurang 15:00 BST.
" - Penumpang-penumpang yang menempah untuk penerbangan SAS sehingga 13 Ogos 2006 boleh menempah semula penerbangan-penerbangan mereka dengan syarat-syarat berikut:
  • penempahan harus dibuat pada kelas yang sama, atau kelas lebih tinggi sebelumnya yang sedia ada, dalam kabin yang sama.
  • peraturan adalah sah untuk tempoh 3 bulan dari tarikh penerbangan asal.
- Semua penumpang untuk penerbangan yang dilewatkan melebihi 5 jam akan menerima bayaran balik yang penuh jika mereka memilih untuk tidak terbang." [56]
  • TAP Portugal membenarkan penumpang-penumpangnya bayaran balik yang penuh: "...penerbangan-penerbangan dari London terpaksa dilewatkan dengan teruk. Penumpang-penumpang yang membuat perjalanan pada hari ini yang ingin membatalkan penerbangan mereka akan menerima bayaran balik yang penuh untuk tiket mereka (tanpa syarat) atau dibenarkan menempah semula penerbangan yang sepadan pada tarikh kemudian." [57]

Penyambungan semula perkhidmatan

Beberapa jam selepas permulaan keadaan tidak keruan, pesawat-pesawat mula terbang dari Heathrow London, walaupun tidak begitu banyak seperti biasa. Penerbangan-penerbangan termasuk pesawat yang bertolak ke New York, Toronto, Chicago, dan San Francisco. [10]

Tindak balas ekonomi

  • Pada awal hari Khamis, saham syarikat-syarikat penerbangan merosot sehingga sebanyak 4.5% di Amerika Syarikat sebelum pulih. [58]
  • Selepas komplot digagalkan, pasaran-pasaran saham Eropah melaporkan kemerosotan antara 0.65% dan 1.65%. [59]
  • Disebabkan jangkaan kemerosotan jumlah perjalanan melalui penerbangan dan oleh itu, kemerosotan bahan api penerbangan yang digunakan, harga-harga minyak mentah turun dengan ketara. [60]

Lain-lain

  • BAA menasihatkan penumpang-penumpang supaya jangan membuat sebarang perjalanan ke Heathrow kecuali jika perjalanan mereka amat "diperlukan", dan bahawa kelewatan yang teruk dijangka untuk penumpang-penumpang yang hendak keluar. [61]
  • Sistem jalan raya masuk ke Heathrow dilaporkan oleh BBC sebagai amat sesak.
  • Penduduk-penduduk di Walton Drive, High Wycombe, dan sekitarnya dipindahkan ketika satu rumah diserbu di sana. [11]
  • Kereta api Virgin menerima tiket-tiket penerbangan sebagai tiket yang sah untuk laluan-laluannya dari London ke Manchester.
  • Tony Blair, Perdana Menteri British, yang sedang bercuti semasa peristiwa-peristiwa ini memendekkan cutinya dan kembali ke Britain. Blair telah diberitahu tentang serbuan ini sebelum kejadiannya dan sentiasa berhubung dengan pegawai-pegawainya. Beliau telah memberitahu Presiden George W. Bush tentang serangan semalaman.[62]
  • Walaupun Presiden Bush telah membuat ucapan terhadap peristiwa-peristiwa ini, Timbalan Perdana Menteri John Prescott yang kini bertanggungjawab kepada Britain masih tidak memberikan sebarang komen.

Rujukan

WikiPedia: Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006 http://www.cbc.bb/content/view/6845/10/ http://www.cbc.ca/world/story/2006/08/10/bombing-a... http://blogs.abcnews.com/theblotter/2006/08/explos... http://www.britishairways.com/travel/flightops/pub... http://www.chron.com/disp/story.mpl/ap/politics/41... http://edition.cnn.com/2006/US/08/10/us.security/i... http://edition.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.... http://edition.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.... http://www.cnn.com/2006/US/08/10/us.security/index... http://www.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.terr...